Latar Belakang


Ladang Alam Warisan (LAW) menumpukan aktiviti pertanian dan penternakan sebagai produk pelancongan agro yang utama.

Pembersihan tapak untuk ladang ini mula dijalankan pada bulan Februari 2012. Seterusnya, ladang dibuka secara rasminya ketika Pertandingan Gasing Terbuka LAW anjuran Mega AD Services Sdn Bhd diadakan pada 26 Mei 2012.


Selain produk pelancongan agro, suasana permai nan indai di Ladang Alam Warisan amat sesuai dijadikan lokasi penggambaran filem dan iklan.

Malah ladang ini memberi sentuhan magika di hujung lensa bagi mempelai yang berhajat mengabdikan memori perkahwinan mereka menerusi keunikan pemandangan di sini.

Struktur geografi yang terdapat di ladang ini ternyata akan memberi hasil yang amat menakjubkan walaupun dari pelbagai sudut yang berbeza.


Mega AD Services Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat kerja kreatif yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dengan komunikasi visual dan konsep yang menarik.

Ladang Alam Warisan adalah salah satu cabang perkhidmatan yang telah diuruskan secara sepenuh masa oleh syarikat ini. Hasil kerja syarikat ini berdasarkan kepada teori satu gambar menceritakan seribu kisah. 

Teori ini diaplikasikan dalam semua kerja cetak, pameran, bahan-bahan promosi serta penjenamaan sesebuah konsep dan barangan.

Melalui teori ini juga, sesuatu jenama akan lebih berpersonaliti malahan memiliki kesinambungan yang tersendiri. Apabila identiti tertentu mula terbentuk, Ladang Alam Warisan berkemampuan untuk mengorak langkah di atas penjenamaannya sendiri sebagai salah satu destinasi pelancongan terbaik di Malaysia.

Mega AD Services berpegang teguh kepada prinsip melakukan yang terbaik dalam segala. Prinsip ini hanya boleh dicapai melalui kerjasama yang berterusan dengan pelanggan. Ketulusan, fleksibiliti dan kecekapan individu dalam persekitaran tempat kerja adalah kekutan utama syarikat ini.

Pada masa akan datang, Mega AD Services Sdn Bhd akan mengembangkan perkhidmatan dalam bidang pertanian, perdagangan, pembinaan serta landskap. Syarikat ini mula mendapat kepercayaan dan telah beroperasi di Sri Menanti Negeri Sembilan, Putrajaya hinggalah ke Gelang Patah di Johor.

No comments:

Post a Comment